Sunday, June 18, 2006

KURSUS SOLEK & TATA RAMBUT
Sdaf Pictures(M) Sdn Bhd.
Menganjurkan Kursus Solek & Tata Rambut yang diadakan

Pada : 1hb JULAI 2006
10:00pagi-1:00petang

Pembahagian masa:


Bertempat di :-
De Fantasy Studio
no:15-2, Lorong 6E/91, Taman Shamelin Perkasa
56100 Cheras, KL
Tel & fax : 03 9284 4244


Selesai setiap satu kursus pelajar digalakkan menyambung kursus pada bulan berikutnya sekiranya berminat untuk memperkukuh kemahiran

Pada akhir kelas akan diadakan ujian prestasi untuk melihat kemampuan,peningkatan dan kreativiti pelajar.

Sekiranya ada produksi dari pengurusan pelajar-pelajar yang berlayakan akan diberi berpeluang untuk terlibat sama sebagai tenaga produksi dan akan diberikan bayaran saguhati setimpal dengan prestasi kerja

Pelajar diminta untuk mengikuti arahan sekiranya ada berlaku sebarang perubahan jadual

Material pembelajaran adalah secara teori dan praktikal.
Sijil akan disediakan oleh pihak pengurusan Sdaf Pictures(M) Sdn. Bhd. Kepada setiap peserta

Untuk membuat pendaftaran sila hubungi En. A. Aris A. Kadir di talian 016 632 3124 ...sms tidak akan dilayan.


Saturday, June 17, 2006

Sdaf Pictures(M) Sdn Bhd (5720582-H)


SDAF Pictures (M) Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 05 haribulan Februari 2002 sebagai sebuah ‘production company’. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan dalam bidang penerbitan filem, video, animasi, iklan, pementasan teater dan ‘event management’ untuk stesen penyiaran, jabatan-jabatan kerajaan dan juga untuk syarikat-syarikat persendirian. Syarikat juga mampu menjanakan kerja-kerja tersebut dari pembikinan hinggalah ketahap pemasarannya.
Prinsip kami ialah memberi perkhidmatan yang berkualiti dan mantap dari segi kandungan bahan, keperluan dan kecanggihan teknikal serta mengutamakan konsep dan nilai artistik agar dapat menghasilkan produk yang terbaik.
Walaupun SDAF Pictures (M) Sdn. Bhd. masih baru ditubuhkan tetapi dalam masa yang amat singkat SDAF Pictures (M) Sdn. Bhd. telah membuktikan kewibawaannya dengan mengendalikan projek-projek seperti yang diantaranya

Menganjurkan Kursus Asas Lakonan dan Kursus Lanjutan Lakonan bertempat di De Fantasy Studio sepanjang tahun 2005 dan 2006.
Menganjurkan Teater Tragedi “ Wajah Lumpur ”, pada 15-18 hb.Sept.2005 Anjuran bersama Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWA), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan SDAF Pictures (M) Sdn. Bhd.

Menganjurkan persembahan Teater Boneka Kanak-kanak “Alang Bistari” di Majlis Jamuan Teh Kanak-Kanak Sempena Pertabalan Yang Di- Pertuan Agong. Bertempat di Hotel Palace of the Golden Horses MINES, Seri Kembangan, Selangor pada 26April 2002. Persembahan ini adalah kerjasama dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan dan Majlis Teater Kebangsaan Malaysia (TEMA).

Tour Expo K3P ( Pembaca, Pendengar, Penonton) kesemua negeri-negeri di Malaysia sepanjang tahun 2002. Program ini adalah anjuran Kementerian Penerangan Malaysia, khususnya RTM yang membuat siaran langsung rancangan “Selamat Pagi Malaysia” dari tapak expo.

Menganjurkan pementasan Teater kanak-Kanak “ Siber Lima” pada 8-12 Disember 2004. Terbitan Bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Majlis Teater Kebangsaan Malaysia (TEMA) dan Institut Bahasa Melayu Malaysia (IBMM).
Menganjurkan Kursus Tarian yang dikendalikan oleh saudara A. Aris A. Kadir
AMINAH RHAPOR
Pengarah Urusan Sdaf Pictures (M) Sdn Bhd

Lahir diTanjong Malim dan mendapat pendidikan teater pada peringkat asasnya di Institut Bimbingan Seni (IBS), Kompleks Budaya Negara (KBN), Kuala Lumpur. Mengikuti Sijil Seni Kreatif (USM) dan seterusnya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengkhususan Seni lakon) dan Sarjana Sastera (Drama dan Teater) di USM. Kini menyambung pengajiannya di UM.

Terbaru, beliau mengarahkan Teater Muzikal ”Mah Ho Huan” sempena Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2006, pada 4-5 hb. Feb,2006 di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang. Teater ini akan di bawa tour ke negeri-negeri oleh Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWA). Beliau juga menulis skrip dan mengarahkan “Teater Muzikal Krismas” sempena Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2005, pada 26 hb.Dis.2005 di Stadium Negara. Kedua-dua teater terbitan KeKKWA ini di hadiri oleh Duli Yang Di Pertuan Agong dan para pembesar negeri.

Istana Budaya juga pernah mementaskan skrip dan arahan beliau, Teater Muzikal Kanak-Kanak “ Siti di Alam Fantasi” pada Nov.2000. Mencatatkan sejarah penonton teater paling ramai pada masa itu, mengatasi teater dewasa. Teater kanak-kanak ini juga pernah dipentaskan di MATIC bersempena Festival Kebudayaan Komanwel Kuala Lumpur’98. Teater ini berkembang pula menjadi siri tv terbitan RTM 1 yang ditayangkan sepanjang tahun 2001. Beliau menulis dan mengarahkan sendiri siri ini sebanyak 39 episod.

Pernah Mewakili Malaysia ke Asia-Europe Puppet Festival (Bangkok, 17-22 July 2002) dengan mengarah Teater Boneka “Alang Bistari”. Teater boneka ini juga pernah dipentaskan bersempena Pertabalan Yang di Pertuan Agong Ke XII pada 26 April 2002 di Hotel Palace of the Golden Horses MINES, Seri Kembangan, Anjuran Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan.

Beliau juga turut bertindak menerbitkan dan mengarahkan sendiri Teater Tragedi ” Wajah Lumpur ”, pada Sept.2005 di Pusat Pelancongan Malaysia (MTC). Teater ini anjuran bersama KeKKWA, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan SDAF Pictures (M) Sdn. Bhd.

Skrip dan arahan beliau iaitu teater “ Tanah Bernanah ”, terbitan KBN, di bawah slot Drama Sebabak tahun 1993, MATIC pernah dibawa ‘tour’ persembahannya ke Selatan Malaysia. “Tanah Bernanah” adalah juara Pekan Teater Kebangsaan 1992. Memenangi Persembahan Terbaik, Teknik Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik , Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan beliau sendiri memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik dan Pengarah Terbaik.


Beliau juga pernah mengarah Teater Muzikal Tari “Laila Majnun” bersempena Festival Kebudayaan Komanwel Kuala Lumpur ’98. Teater “ Tun Mamat dan Puteri Gunung Ledang”, arahan bersama Aziz M.Osman. Teater Bangsawan ”Puteri Hang Lipo”, DBP, Teater kanak-kanak ” Muzikal Kasih” terbitan Puspanita Putrajaya dan ”Siber 5”, terbitan TEMA. Pernah juga menjadi penolong pengarah Teater “ Selendang Umi” karya SN Dato’ Nordin Hassan, sempena Festival Kebudayaan Komanwel Kuala Lumpur ’98 dan Teater ”Merdeka, Merdeka, Merdeka” di Istana Budaya.


Selain berteater, beliau juga turut mencari pengalaman di bidang perfileman. Pada 1997 beliau menjadi penolong pengarah kepada Aziz M.Osman bagi Filem “ Baginda” dan filem tersebut memenangi anugerah Filem Terbaik 1998. Penolong pengarah bagi penerbitan drama bersiri “ Romeo & Juliet “ dan “Salam Taj Mahal “ terbitan Kuasatek Pictures Sdn. Bhd. Beliau juga turut berlakon di dalam drama tv ”Salam Taj Mahal, ”Paparazzi”, ”Akademi Cinta”, ”Haryati”, ”Sinar” dll.


Beliau juga bertindak sebagai Panel Juri Profesional bagi Festival Kesenian Antara Kementerian-Kementerian, Panel Hakim festival teater selangor 2003, hakim pertandingan Pekan Teater, hakim festival teater kanak-kanak Johor dan panel hakim bagi Pertandingan Menulis Skrip Drama Kanak-Kanak 2002. Pengkhususan beliau di dalam teater kanak-kanak menyebabkan beliau selalu menjadi penceramah dan pembimbing bagi bengkel-bengkel yang berkaitan dengannya. Beliau juga akan mula mengajar di Uitm pada jun 2006.

Tuesday, June 13, 2006











SDAF Pictures(M) Sdn Bhd.
menganjurkan Bengkel Asas Seni Lakon selama 2 hari

Bertempat di :

De Fantasi Studio
15-3, Lorong 6E/91,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur


Pada : 24hb-25hb JUN 2006
Masa : 10:00pgi - 10:00mlm

Bayaran: RM 100/- Untuk 2hari Setiap Sesi.

Fasilitator : Aminah Rhapor (Pengarah 'Siti Di
Alam Fantasi' Lakonan Amy Mastura, Wajah Lumur, Tanah Bernanah)

untuk Pendaftaran dan keterangan Lanjut sila
hubungi :

Cik Dora/ Cik Nani: 03- 9284 4244
(8:30 pagi- 4:30ptg) atau email kepada kami di alamat tertera di bawah
Email : sdaf_pictures@yahoo.com


OBJEKTIF KURSUS

1. Melahirkan Insan Seni yang menerima in put secara system matic melalui proses yang tersusun dan disampaikan oleh tenaga pengajar yang professional.

2. Memberi laluan dan bimbingan agar pencinta seni dapat menyalurkan bakat dan potensi mereka melalui proses yang tepat.

3. Melibatkan individu peserta dalam pelbagai persembahan kesenian, kebudayaan, program – program tv komersil melalui modus operandi yang diatur oleh pihak pengurusan SDAF Pictures(M) Sdn Bhd.

4. Memupuk kayakinan dan kemahiran yang optima di kalangan peserta agar mampu tampil sebagai individu seni yang berkualiti dan berjati diri.

5. Membuka peluang kepada peserta untuk mengenali dengan lebih mendalam peluang-peluang yang ada dalam industri seni seterusnya mampu meneroka bidang ini dengan lebih Sirius sehingga menjadi sumber pendapantan kepada mereka.

6. Memelihara dan memulihara nilai budaya yang ada dalam bidang seni agar menjadi asset berguna kepada semua pihak dalam menuju era globalisasi dunia.